Van Wakaf UMT

Sedekah Kenderaan Menuju Syurga Allah.

Melalui dana Wakaf Ilmu UMT yang terkumpul sejak  dilancarkan pada 24 Mei 2015, dua (2) unit Van Wakaf Ilmu UMT berjenama Cam Kingo 3.0L berkapasiti 15 penumpang, telah dibeli untuk kegunaan warga UMT dan masyarakat setempat. Dengan adanya van Wakaf Ilmu UMT pelbagai guna ini, dijangka dapat memberi manfaat besar kepada kebajikan pelajar UMT khususnya dan keseluruhan warga UMT umumnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang budiman. Semoga ianya dikira sebagai amal soleh dan diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran.