Rawatan Perubatan Kritikal

Bantuan ini diberikan kepada warga UMT, kakitangan dan pelajar yang menghadapi masalah kesihatan kritikal. Antara bantuan yang diberikan ialah keperluan rawatan pesakit seperti kerusi roda, katil hospital, tongkat, lampin pakai buang dan sebagainya yang difikirkan sesuai. Bantuan juga boleh berupa bantuan kewangan ke arah membantu menyelesaikan masalah pesakit kronik yang memerlukan dana segera bagi tujuan rawatan. Kutipan yang disasarkan adalah sebanyak RM 500,000.00