LATAR BELAKANG
WAKAF ILMU UMT
Bermula tahun 2015, konsep Wakaf Ilmu telah diperkenalkan sebagai salah satu instrumen baharu dan MAIDAM melalui surat bertarikh 13 April 2017 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Wakaf Ilmu UMT. Bertitik tolak dari persepakatan antara UMT dan MAIDAM, Memorandum perjanjian (MOA) yang telah termeterai antara MAIDAM – UMT pada 28 Mac 2018 bagi menyuburkan lagi usaha murni ini.
Dengan termeterainya perjanjian ini, UMT dan MAIDAM telah mencapai kata sepakat untuk berganding bahu bersama-sama melaksanakan konsep dan sistem wakaf di UMT demi meningkatkan fungsi keilmuan sekaligus menjana ekonomi. Beberapa projek penjanaan hasil wakaf telah dirangka dan akan dilaksanakan bagi melipatgandakan lagi manfaat wakaf yang diperoleh agar lebih ramai golongan sasaran yang dapat merasai manfaat wakaf ini.