Wakaf Kelestarian Alam: Konservasi Penyu Terengganu

Sumbangan Anda, Harapan Alam
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama RHB Islamic Bank Berhad kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai Program Wakaf Kelestarian Alam: Konservasi Penyu Terengganu. Melalui wakaf tunai ini, sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk menyokong usaha penyelidikan, pemuliharaan habitat penyu, dan pendidikan kesedaran kepada masyarakat. Sumbanglah hari ini demi menjaga ciptaan Allah yang semakin terancam.

🔮 MONTAJ MAJLIS PELUNCURAN WAKAF KELESTARIAN ALAM KONSERVASI PENYU TERENGGANU & RHB SUKUK DANA HAFEEZ
🗓️ 4 Ogos 2025 (Isnin)
🕰️ 2.00 petang
📍 The Westin Kuala Lumpur